Peribahasa – seperti kacang lupakan kulit

No Comments »

putih hati
ikhlas

seperti anjing dengan kucing
dua orang yang sering bertengkar apabila bertemu

seperti garam jatuh di air
cepat meresap atau segera dimengerti nasihat atau pelajaran

seperti kacang lupakan kulit
tidak mengenang jasa atau budi orang yang pernah membela atau menolongnya

seperti katak di bawah tempurung

  • terhad pengetahuan atau pengalaman
  • apa yang diketahui ialah hal-hal yang ada di sekelilingnya sahaja

seperti lipas kudung

  • selalu bergerak dengan cepat
  • selalu sibuk bekerja

seperti pahat dengan penukul
satu sama lain bantu-membantu

tahan hati
tabah

tahan uji
berani diuji kebaikan atau keberanian

tajam hati
pintar atau cerdas

tajam ingatan

  • tidak cepat lupa
  • sentiasa ingat apa yang berlaku di sekitarnya

tangan kosong
datang bertandang ke sesuatu tempat tanpa membawa apa-apa

tangan terbuka
menerima kedatangan seseorang dengan gembira atau sukacita

tulang belakang
sumber kekuatan atau orang yang dianggap tempat berlindung dalam sesuatu kumpulan dan lain-lain

ayam tambatan
orang harapan

bagai cembul dengan tutup
memang sesuai benar

bagai lebah menghimpun madu
sangat rajin

buka pintu

  • memberikan kebenaran masuk
  • memberikan peluang untuk berunding

seperti air dalam kolam
orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya

seperti ikan pulang ke lubuk
orang yang telah balik ke tempat asalnya payahlah hendak berdagang semula

seperti menatang minyak yang penuh
sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurnanya

tanam budi
berbuat baik

tumbuk rusuk
memberikan rasuah

umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
orang yang baik biar di mana sekalipun akan dimuliakan juga

Peribahasa: air dicencang tiada putus, bagai aur dengan tebing

No Comments »

air dicencang tiada putus
putus dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan

bagai aur dengan tebing
hidup saling bekerjasama

bagai dakwat dengan kertas
tidak pernah bercerai, sangat cocok

bagai isi dengan kuku
sangat rapat

bagai menghitung bulu kambing
mengerjakan sesuatu yang sia-sia

bagai tikus membaiki labu
orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya

banting tulang
kerja keras dengan bermati-matian

berani mati
sangat tekad

diam-diam ubi
pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan

kata putus

  • ketentuan terakhir
  • keputusan rundingan

lapang dada
berasa senang atau mempunyai perasaan yang sabar

makan suap
menerima rasuah

memerah otak

  • berfikir
  • belajar bersungguh-sungguh

mengorak langkah
berikhtiar

panjang akal
bijaksana

perah tenaga
bertungkus-lumus

Peribahasa Bahagian: ada hati, anak emas, besar hati, hidung tinggi, muka tembok

No Comments »

san raphael iceberg
Photo credit: VinceHuang

ada akal
memiliki idea

ada bakat
berkebolehan, berkeupayaan

ada hati
ada kemahuan atau keinginan atau cita-cita untuk melakukan atau memiliki sesuatu

ada jalan
mempunyai cara untuk melakukan sesuatu

ambil berat

  • memberikan perhatian atau menumpukan perhatian dengan sepenuh hati
  • mengambil tahu tentang sesuatu

ambil hati
berasa kecewa atau tersinggung kerana kelakuan atau perbuatan seseorang

anak emas
orang yang sangat disayangi

baik budi
berperangai mulia dan mempunyai peribadi yang baik

berat sebelah

  • tidak adil
  • menyebelahi satu pihak

besar hati
perasaan bangga atau gembira terhadap sesuatu pemberian atau pertolongan

buah tangan
barang yang dibawa sebagai hadiah

campur tangan
masuk campur dalam sesuatu urusan

cari jalan
berikhtiar mengatasi masalah ataupun mencari peluang meneruskan sesuatu yang dirancangkan

hati emas
sangat baik hati

hidung tinggi
sombong

ikat perut

  • lokek atau kedekut
  • mengurangkan makan kerana hendak berjimat

jaga mulut
hati-hati apabila bercakap

jalan tengah
tidak berat sebelah atau tidak memihak kepada sesiapa

keras hati
sangat degil

lepas tangan

  • tidak mahu mengambil tahu
  • tidak mahu bertanggungjawab dalam sesuatu perkara

lurus akal
jujur

membawa nasib
mencari penghidupan di tempat lain

muka tembok
tidak tahu malu

murah hati
suka memberikan bantuan

orang tengah
pendamai antara dua pihak

ringan mulut
peramah/mudah menyatakan pendapat

ringan tulang
rajin bekerja

tajam akal
cepat menerima pelajaran

tanda mata
hadiah yang diberikan sebagai kenangan

tolak ansur

  • bersefahaman
  • saling memberi
Easy AdSense by Unreal
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline